Selepas menjalani beberapa ujian berubatan, saya didapati mengidap penyakit jantung tersumbat dan memerlukan kepada pembedahan, jika mahu hidup selesa, kata seorang dokter. Ujian yang terakhir, sebelum menjalani pembedahan by-pass, ialah menjalani ujuab enjeogram.
"Pak cik, saya rasa tidak perlu membuat ujian stress-test." Kata seorang dokter perempuan. Terdapat tiga orang lagi dokter bersamanya.
"Fasal apa, dokter?" Tanya saya kepadanya.
"Saya yakin."
"Dah yakin, apa dokter nak buat."
"Pak Cik Nak buat enjeogram?"
"Apa enjeogran itu?"
'Kita suluh melalui paha. Kita masukkan jarum. Kalau tidak berat, memadai dengan memasukankan sten."
"Hendak."
"Pak Cik,pesara?"
"Pesara kecil-kecil."
"Masaalah kewangan tidak timbul." Dokter itu memberi tahu saya. Tarikh untuk membuat enjeogran ditetapkan. Tidak lama masanya tiba. Kira-kira satu bulan juga masanya.
Kami tiga orang kesemuanya. Kami ditolak masuk ke sebuah bilik tempat menunggu. Alat pengukur tekanan darah dipasang. Orang pertama ditolak masuk. Bila orang pertama ditolak keluar, pesakit yang ke dua ditolak masuk. Tidak sampai tiga minit, pesakit itu ditolak keluar.
"Pak Cik, takutkah?" Jururawat yang mengiringnya bertanya.
"Tidak."Jawabnya ringkas.
"Macamana tekanan darah tiba-tiba naik?"
"Pak Cik pun hairan." Katanya. Mukanya pucat.Gerun agaknya. Saya ditolak masuk.
"PakCik, cukur tak habis." Jururawat menegur.
"Pak Cik rasa dah habis. Silap faham barangkali." Kataku.
"Saya kena cukur lagi ,Pak Cik."
"Cukurlah." Jawabku kepada jururawat. Dicukurnya sampai licin dari pusat sampai ke lutut.
"Pak Cik, sakit sedikit ni, bila kita masukkan jarum. Kita dah bius. Cuma kita spray."
"Tidak apa, dokter. Jika sakit tak dapat tahan, saya menjerit."
Saya memerhati melalui monitor yang letaknya tergantung di dinding. Saya nampak macam bunga api meledak, dua tiga kali. Kira-kira tidak sampai sepuluh minit.
"Sudah dah,Pak Cik." Dokter Sapawi memberi tahu dan berhenti daripada melakukan sesuatu.
"Cepat sangat, dokter."
"Saya tidak boleh buat apa-apa lagi." Dokter Sapawi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.
"Apa maksud,dokter?".Dia tidak menjawab dan tidak berani hendak memberi cadangan pembedahan, takut saya terkejut,dan diserang sakit jantung lebih teruk lagi. Atau dia sengaja melambat-lambatkan, menunggu reaksi daripada saya.
"Kah dokter hendak membuat by-pass?" Saya hairan macam-mana perkataan by-pass boleh keluar dengan dan dengan tiba-tiba dari mulut saya.Melucu tidak kena pada tempatnya.
"Pak Cik, nak?" Melucur saja pertanyaannya. Barangkali perkataan itulah yang ditinggu -tunggu daripada saya.
"Jika tidak ada cara lain!" Kataku dengan berani. Aku yang menawarkan membuat by-pass, bukan dokter. Aku sendiri hairan! Lucu benar telatah saya ini.
"Kalau Pak Cik nak, nanti saya bawa naik ke atas berbincang dengan pakar bedah."
"Terima Kasih, Dokter." Aku ditolak keluar dan di bawa masuk ke bilik menunggu. Seorang jururawat menekan pahaku, tidak lepas-lepas, takut darah keluar.
"Tidak adakah jururawat perempun?"
"Masa ini belum ada lagi. Masih dalam latihan." Jururawat itu faham bahawa aku tidak gemar bahagian senjata sulitku disentuk oleh jururawat perempuan. Baginya sudah menjadi nasi makan dan air minum. Bagi mereka yang bertugas di bahagian atau unit enjeogram terpaksalah berdepan dengan masalah itu.
"Pak Cik jangan bergerak selama sekurang-kurangnya enam jam. Kalau darah keluar,Pak Cik kena masuk bilik bedah semula." Sampai ke petang saya tidak bergerak. Itulah pertama kali saya makan disuap!